Tanggungjawab Alam Sekitar

Pendekatan Kami terhadap Kemampanan

Bagi kami, "Care" adalah lebih daripada sekadar sebahagian daripada perniagaan kami, ia menlahirkan rasa tanggungjawab kami kepada masyarakat dan alam sekitar. Kami menghasilkan produk penjagaan kulit berkualiti tinggi dan mempunyai kepakaran penyelidikan lebih daripada 100 tahun. Usaha kami merupakan sebahagian daripada strategi kelestarian antarabangsa Beiersdorf "We Care".

Memanfaatkan sepenuhnya daripada Bahan Mentah

Beberapa bahan mentah yang diguna dalam produk kami adalah terhad dalam bekalan dan tiada jaminan bahawa ia akan sentiasa tersedia. Kami menyokong pemilihan sumber yang mampan dan berusaha untuk mengembangkan alternatif yang memenuhi standard kualiti tinggi kami.
palmoil

Ke Arah Kelestrarian Minyak Sawit

Kami tidak menggunakan minyak sawit dalam pembuatan produk kami. Walau bagaimanapun, kami menggunakan ejen seperti pengemulsi di dalam beberapa produk kami, di mana ia adalah normal di dalam industri ini. Ejen-ejen ini biasanya dihasilkan daripada minyak mineral dan sayur-sayuran seperti kelapa dan minyak rapeseed - atau minyak sawit dan minyak isirung sawit.

Sebagai ahli Roundtable on Sustainable Palm Oil (RSPO), kami juga menggalakkan amalan penanaman minyak sawit yang mampan. Matlamat kami adalah untuk memastikan bahawa menjelang 2015 semua pembekal kami menggunakan minyak sawit dan minyak isirung sawit yang dihasilkan secara mampan dan disahkan dalam bahan mentah yang mereka bekalkan kepada kami. Kami bekerjasama rapat dengan pembekal bagi memastikan kami mencapai matlamat ini. 

Layari halaman produk dan klik di produk pilihan anda untuk mendapatkan senarai terperinci bahan-bahan yang digunakan.

Alternatif kepada Ujian Haiwan

Beiersdorf tidak menggunakan haiwan untuk menguji produk kosmetik. Ini telah lama menjadi dasar kami, sebelum arahan yang mengawal selia ujian haiwan dalam kosmetik berkuat kuasa di Kesatuan Eropah pada tahun 2004. Kami yakin bahawa peggunaan haiwan bagi menguji produk kosmetik untuk membuktikan bahawa ia adalah selamat dan berkesan, tidak diperlukan.
raw materials research development
Bermula pada bulan Mac 2013, fasa seterusnya mengenai larangan terhadap pengujian haiwan Eropah telah berkuat kuasa: tiada lagi produk kosmetik dengan bahan-bahan yang diuji pada haiwan (selepas Mac 2013) untuk mengumpul data untuk tujuan memenuhi regulasi keselamatan kosmetik, boleh dijual di EU. Pembangunan dan pengiktirafan kaedah alternatif adalah amat penting bagi Beiersdorf walaupun tanpa mengambil kira larangan baru ini.

Selama lebih daripada 20 tahun, kami telah berjaya bekerja dengan panel pakar dan persatuan dalam prosedur in-vitro (ujian yang dijalankan dalam tabung uji) dan merupakan salah satu syarikat penyelidikan pendahulu, terkenal, dan diterima luas di dunia. Beiersdorf telah memperkenalkan satu prosedur, sebagai contoh, ujian lain yang mampu menilai potensi alahan bahan tanpa pengujian haiwan pada masa depan. 

Beiersdorf Research juga sedang menghasilkan pelbagai kaedah ujian alternatif lain dan telah mengguna banyak kaedah yang disahkan setiap hari di dalam syarikat. Kami secara aktif menyokong penerimaan di seluruh dunia terhadap kaedah alternatif bebas ujian haiwan sedia ada oleh pihak berkuasa masing-masing. Selanjutnya, kami juga menyokong usaha saintifik daripada segi sumber manusia dan kewangan, untuk mengisi jurang di mana kaedah alternatif belum tersedia.

Kurang sisa, kualiti yang sama

Tidak kira sama ada bahan itu plastik, kaca, logam, kadbod atau kertas, kami sentiasa berusaha untuk mengurangkan jumlah bahan yang kami gunakan. Di mana mungkin, kami menggunakan kriteria kemampanan; Elakkan, kurangkan, gunakan semula dan kitar semula kepada semua inovasi pembungkusan kami. Hari ini, hampir 100% bahan pembungkusan kami boleh dikitar semula.

Pek isi semula hanyalah satu cara untuk mengurangkan pembungkusan. Terima kasih kepada bekas boleh isi semula dan pek produk yang boleh digunakan semula, seperti dispenser sabun, jumlah sisa dapat dikurangkan dengan ketara. Sebagai contoh, pek isi semula untuk Gel Mandi NIVEA Creme kami, menghasilkan 75% kurang sisa.



Formula

Formula kami mengandungi kurang daripada 80% bahan fosil.




Penggunaan

Kami sentiasa berusaha untuk mengurangkan penggunaan air, tenaga dan bahan mentah yang terhad dalam pengeluaran.

Kitar semula

Pembungkusan kami adalah 100% boleh dikitar semula.

Pengangkutan

Dengan reka bentuk pembungkusan baru kami, kami boleh mengangkut lebih banyak produk setiap palet. Ini akan membolehkan kita mengurangkan pelepasan CO2 kita sebanyak 585 tan setahun.

Pembungkusan

Kami telah mengurangkan jumlah pembungkusan kami sebanyak 15% - oleh itu kami akan menjimatkan 350 tan plastik setahun.