PERLINDUNGAN MATAHARI YANG MUDAH

NIVEA SUN SPRAYS

Lindungi diri anda dari matahari dengan rangkaian produk pelindung matahari semburan NIVEA yang boleh didapati dengan reka bentuk semburan klasik, pemicu atau aerosol. Nikmati kemudahan hanya dengan menyembur pelindung matahari dan sapu secara ringkas sebelum berjemur di bawah matahari!
Tapis
Atur
Atur
Pelindung Matahari Semburan: nikmati cahaya matahari dengan waspada

Jika matahari mengundang rasa ingin berada di luar pada musim panas, produk pelindung matahari jenis semburan akan memberi perlindungan pada kulit tanpa perlu menjejaskan keseronokan. Cahaya matahari adalah penting bagi kita: sinaran UV merangsang metabolisma dan menguatkan sistem pertahanan badan. Di bawah pengaruh sinaran UVB, tubuh menghasilkan Vitamin D mempengaruhi kekuatan tulang secara keseluruhannya. Oleh itu, menghabiskan masa di luar rumah dan bersenam di udara segar adalah menyeronokkan dan bermanfaat untuk setiap peringkat usia. Kanak-kanak terutamanya, menikmati aktiviti luar pada waktu siang untuk bermain, bersukan serta bersantai. Wlaupun cahaya matahari mempunyai kesan penting terhadap perkembangan yang sihat, ia perlulah dinikmati dengan bijak. Kulit sangat sensitif terhadap pendedahan sinaran UV yang berlebihan, terutamas sekali pada zaman kanak-kanak. Semburan pelindung matahari memberikan perlindungan jangka panjang terhadap kerosakan sel dan mencegah perkembangan kanser kulit. Ia mudah dan praktikal untuk digunakan dan menawarkan perlindungan yang cepat dan boleh dipercayai menghalang radiasi UVA dan UVB. 


Pelindung Matahari Semburan NIVEA: pelindungan yang berkesan

Semburan matahari amat mudah digunakan dan menghalang kesan berbahaya sinaran matahari yang kuat. NIVEA telah membangunkan pelbagai produk semburan matahari untuk memenuhi keperluan pengguna, di mana semburan bernutrisi ini, menggabungkan perlindungan matahari yang berkesan dengan penjagaan lembut serta memberi kelembapan intensif. Semburan Protect & Bronze mengandungi ekstrak pro-melanin semulajadi sekali gus memastikan kesan tan yang cantik dan tahan lama. Semburan NIVEA Sun Protect & Refresh mempunyai kesan penyejukan yang menyenangkan dan meninggalkan kulit berasa segar dan lembut. Untuk kulit yang sangat sensitif, terdapat semburan Protect & Sensitive. Produk ini bebas daripada wangian, pewarna dan pengawet dan memberikan perlindungan UVA yang tinggi. Untuk keseronokandi bawah cahaya matahari tanpa menjejaskan kesihatan, anda juga perlu menggunakan produk penjagaan NIVEA After Sun yang menyejukkan kulit selepas berjemur. Kesan penyejukan akan melembap serta melegakan kulit.