Tapis
Atur
Atur

Penjagaan Mata: Melicinkan dan Berkesan

Sama ada anda tidak mendapat tidur yang secukupnya, dapat merasakan tanda-tanda mendapat demam selsema atau menghadapi stres hari demi hari, kesan awal akan ketara terlihat di mata, dengan lingkaran gelap bawah mata dan bengkak. Kedutan awal juga berkemungkinan besar akan timbul di sekeliling mata. Kondisi mata memberi petanda tentang kesejahteraan dan usia anda kerana kulit di bahagian ini mempunyai tisu yang sedikit dan amat sensitif. Itu sebabnya penting untuk membekalkan mata dengan kelembapan dengan penjagaan berkualiti tinggi setiap hari. Pakar kulit di NIVEA mengesyorkan penggunaan produk penjagaan mata sebaik sahaja garis halus pertama di sekitar mata terlihat, kebiasaanya bermula pada usia 30 tahun ke atas. Apabila produk penjagaan mata digunakan secara rutin, tanda-tanda awal penuaan boleh dicegah dengan menegangkan kulit di sekeliling mata, menjadikan kita kelihatan lebih muda. Selain itu, bengkak dan tanda-tanda keletihan yang lain pada mata juga dapat dikurangkan agar kelihatan lebih segar dan cerah. Untuk menyembunyikan lingkaran gelap, salah satu pilihan terbaik ialah dengan menggunakan krim mata dengan pigmen mikro berwarna. Semua krim mata NIVEA direka untuk kulit sensitif di sekeliling mata. Ia sangat ringan dan tidak mengandungi wangian atau penapis UV. Antara kelebihan lain termasuk bertekstur ringan, yang boleh disapu secara lembut. Cara terbaik untuk memakai krim mata ialah dengan menyapu krim perlahan-lahan pada kulit, dari bahagian tengah muka ke arah bahagian luar. muka Petua lain dari pakar NIVEA termauk mempertimbang penggunaan pembersih solekan mata yang sesuai untuk kulit sensitif di sekeliling mata.


Serum: Penjagaan muka bersasar berkuasa tinggi


Serum ialah produk tambahan yang memberi kesan yang penting kepada rutin harian penjagaan muka anda. Ia mengandungi bahan-bahan yang sama dengan krim waktu siang dan malam namun dirumus khas untuk menjadi lebih pekat. Serum bukan sahaja dapat bertindak secara intensif tetapi menyerap terus dan menampakkan hasil yang ketara. Pada awal pembikinannya, serum hanya boleh didapati dalam rangkaian ubat-ubatan dan kosmetik mewah. Kini, NIVEA berjaya menawarkan produk penjagaan mata yang likat ini untuk bertahun lamanya. Pakar penyelidikan kulit NIVEA telah meghasilkan serum ini untuk memperbaiki tekstur kulit dan menjadikan kulit yang kelihatan lebih muda. Formula khas ini mengambil bertindak terhadap kedutan apabila ia mula muncul dan merawat kulit. Ia juga memberi sentuhan yang menyenangkan kerana ia menyerap dengan cepat dan menjadikan kulit licin dan lembut dengan serta-merta. Anda disyorkan untuk sentiasa menggunakan serum sebelum menggunakan krim waktu siang atau malam kerana kulit boleh menyerap bahan aktif dengan lebih baik selepas dicuci.