• Semua
  • Bebuli Deodoran
  • Spray Deodoran
  • Stik Deodoran
Tapis
Atur
Atur

Kesegaran dan perlindungan yang berpanjangan

Anda akan memulakan hari anda anda berasa segar dengan menggunakan produk deodoran NIVEA untuk lelaki - sambil menikmati perlindungan yang boleh diyakini dan bebas dari peluh di bawah lengan dan bau badan yang tidak menyenangkan selama berjam-jam. Selain itu, deodoran NIVEA untuk lelaki mempunyai formulasi mesra kulit dengan pelbagai wangian maskulin yang menarik.

Deodoran jenis semburan untuk lelaki: Semburan klasik untuk kegunaan harian

Deodoran jenis semburan memberi kesegaran yang berpanjangan dan tidak dapat disangkal, merupakan pilihan nombor 1 dan deodoran anti-perspirant terbaik untuk lelaki. Dengan sekali semburan, bahan aktif disemburkan dengan cepat, mudah dan tersebar dengan rata ke seluruh bahagian bawah lengan dan haruman didibebaskan di secara efektif. Bawah lengan akan terasa segar, wangi dan dilindungi daripada kelembapan serta tahan lama. Ia sesuai untuk lelaki yang sentias bergegas di waktu pagi dan ingin bersiap secepat mungkin! Ia juga merupakan deodoran terbaik untuk lelaki yang mudah berpeluh. Tip kami: Untuk mendapatkan prestasi maksimum daripada deodoran jenis semburan, goncangkan botol dengan baik sebelum digunakan.

Praktikal dan ringkas: Deodoran roll-on atau stick untuk lelaki

Adakah anda sedang mencari deodoran untuk diguna dengan cepat dan sesuai selepas bersenam atau pada waktu pagi? Aplikator yang praktikal menjadikan proses ini sangat mudah. Jika anda sedang mencari deodoran yang bersaiz kecil dengan wangian lembut, deodoran jenis roll-on atau stick adalah pilihan yang tepat. Deodoran jenis roll on dan stick yang praktikal boleh diaplikasikan terus ke bawah lengan dengan formula berkrimnya boleh meninggalkan lapisan pelindung pada kulit. Adakah terdapat kelebihan lain? Sudah tentu - deodoran roll-on lelaki hanya mengambil ruang yang sedikit di dalam beg sukan dan beg bimbit.

Deodoran tidak sama dengan anti-perspirant

Deodoran memberi perlindungan yang boleh dipercayai dengan menghindari bau badan, namun ia tidak boleh menghalang kita daripada berpeluh. Deodoran menghalang pertumbuhan bakteria yang merupakan penyebab bau badan dengan berkesan. Deodoran untuk lelaki dengan perlindungan "anti-perspirant" juga melindungi kita daripada menghasilkan peluh. Bagi lelaki yang secara semula jadinya mengeluarkan peluh sedikit atau tidak mahu mengawal tindak balas peluh mereka, pengunaan deodoran sahaja sudah mencukupi. Deodoran juga boleh digunakan oleh mereka yang memilih untuk mengelakkan garam aluminium. Walau bagaimanapun, bagi lelaki yang berpeluh dengan banyak atau ingin mengurangkan penhasilan peluh mereka, "anti-perspirant" adalah pilihan terbaik.

Deodoran lelaki untuk keperluan khas

Walaupun dedorang mampu memberi perlindungan yang berkesan, beberapa jenis deodoran untuk lelaki meninggalkan kesan pada pakaian. NIVEA telah mencipta formula khas yang menawarkan perlindungan terhadap sisa putih pada fabrik gelap dan mengurangkan pembentukan tompok kuning pada fabrik cerah. Stres dan tekanan perasaan juga boleh meningkatkan penghasilan peluh. Dan jika anda adalah seseorang yang memberi perhatian khusus kepada perlindungan antibakteria, jabatan penyelidikan NIVEA telah mencipta produk yang mengandungi silver citrate larut air untuk anda. Formulasi ini menawarkan perlindungan yang sangat berkesan terhadap kesan peluh dan basah di bawah lengan serta lembut pada kulit.