• Semua
  • Krim Cukur
  • Selepas Cukur
Tapis
Atur
Atur
Produk cukur lelaki: tiada lagi luka atau gatal akibat bercukur

Ucapkan selamat tinggal kepada kulit menggerutu, luka dan gatal akibat pisau cukur - semua yang anda perlukan hanyalah produk dan teknik yang betul untuk mengubah rutin bercukur harian agar ia menjadi urusan yang mudah. Sebagai permulaan, anda perlu memahami bahawa bercukur bukanlah langkah pertama rutin cukuran anda. Sebagai langkah pertama, kulit perlu dipersiapkan agar cukuran lancar dengan mengelakkan daripada kulit wajah mengalami luka. Untuk berbuat demikian, mulakan dengan melekapkan wajah dengan tuala panas atau cukur selepas mandi dengan air panas. Seterusnya, sapukan gel, krim atau buih pencukur, bergantung pada keperluan anda dan jangan risau untuk menambah lebih banyak buih. Semasa bercukur, gunakan pisau tajam supaya anda tidak perlu menekan kulit terlalu kuat (dan hanya gunakan tekanan minimum semasa bercukur) dan bercukur pada satu arah sahaja, bukannya melawan arah tumbuhnya anak rambut. Ini untuk mengurangkan kegatalan pada kulit. Selepas bulu dibersihkan, pastikan anda menggunakan losen selepas bercukur - NIVEA's aftershaves telah dicipta khas untuk keselesaan, melembapkan dan melindungi kulit daripada kesan menggerutu akibat bercukur.

Apakah stail misai dan janggut anda?

Misai dan janggut boleh mengubah rupa seseorang lelaki sepenuhnya dan memberi tanggapan positif tentang imej peribadi mereka. Selain daripada janggut dan gaya misai yang menjadi trend - kini sudah menjadi kebiasaan lelaki menggayakan jambang dan janggut pendek (goatee) daripada mencukur licin sepenuhnya. Misai dan janggut ada pelbagai stail, dari yang mudah tumbuh dan senang dijaga seperti cukuran nipis sehingga yang perlu dicukur, dirapi, dan yang memerlukan perhatian khusus seperti janggut penuh dan goatee. Satu panduan yang baik adalah memilih stail yang anda sedia meluangkan sedikit masa untuk menjaganya. Jika anda memutuskan untuk menggayakan wajah anda dengan misai atau janggut, pastikan anda menjaganya agar kelihatan kemas dan sihat dengan mencukur secara berkala serta kerap menggunakan syampu dan perapi untuk merawatnya. Produk lain yang boleh anda gunakan untuk memastikan penampilan yang mantap adalah dengan penggunaan minyak janggut dan salap. Akhir sekali, jangan lupa kulit di bawah misai dan janggut - pastikan anda menggunakan pelembap muka yang bernutrisi untuk mengelakkan kulit menjadi kering dan kasar.