MENENANGKAN, LICIN & MELEMBUTKAN

LOSEN & LOSEN "BODY MILK" NIVEA

Apakah perbezaan di antara losen badan dan losen jenis "Body Milk" untuk badan? Kedua-duanya melegakan kulit kering dan memberikan penjagaan untuk melicin dan melembutkan. Walaupun losen badan lembut dan bagus untuk kelembapan setiap hari, losen jenis "Body Milk" pula mempunyai tekstur yang kaya dan berkrim serta sesuai untuk mereka yang memerlukan kelembapan tambahan.
Tapis
Atur
Atur
Kulit kering dan penjagaannya

Ramai orang menderita dengan kondisi kulit kering pada musim sejuk; ada yang mewarisi kecenderungan kulit kering dan ramai juga yang ingin melindungi kulit mereka dengan perhatian dan penjagaan tambahan sepanjang tahun. Untuk mengelakkan kulit kering, anda perlu menggunakan losen atau losen jenis "Body Milk" setiap hari, sebaik-baiknya sejurus selepas mandi atau berendam di dalam tab. Walaupun ini memerlukan sedikit masa untuk melihat kesannya, tetapi ia sangat berbaloi dan kulit akan berterima kasih pada anda. Rutin penjagaan kulit dengan cepat semasa mandi dimudahkan dengan adanya NIVEA In-shower Body Milk dan NIVEA In-shower Body Lotion. Formula inovatif NIVEA In-Shower diaktifkan oleh air dan tidak perlu lagi untuk anda menggunakan losen badan setelah mengeringkan badan lepas mandian. Siku, lutut dan kaki adalah bahagian yang sering mengalami kulit kering. Ini kerana bahagian-bahagian tersebut mempunyai kelenjar sebum yang kurang dan tisu subkutaneus yang sangat sedikit. Oleh itu, kulit di bahagian-bahagian tersebut memerlukan penjagaan tambahan terutamanya pada musim sejuk, kerana kelenjar sebum menghasilkan kurang minyak. 


Losen badan atau krim susu badan - apakah perbezaannya?

Perbezaan di antara losen dan losen jenis "Body Milk" untuk badan biasanya berkait dengan kadar air dan minyak: losen jenis "Body Milk" mempunyai kandungan lemak yang tinggi, manakala losen badan pula mempunyai kandungan air yang tinggi. Hasil kedua-duanya membekalkan badan dengan kelembapan yang secukupnya. Losen jenis "Body Milk" secara umumnya lebih menyuburkan dan menjadikannya sangat sesuai untuk kulit kering. Losen badan mampu meberi kesan penyejukan selepas disapu ke atas badan. Ini disebabkan oleh kandungan air yang tinggi, di mana air tersejat selepas losen disapu dan memberi kesan sejuk dan menyegarkan pada kulit. Ini memastikan kesegaran dan nyaman khususnya semasa musim panas. 


Pelembap: Pengalaman kesejahteraan untuk badan dan minda

Mengusap lembut dan haruman menyegarkan - melembapkan badan harian dengan losen badan akan menyegarkan badan dan minda serta memastikan kulit tetap cantik dan dijaga dengan rapi. Oleh itu, tumpukan beberapa minit untuk rutin pendek ini dari semasa ke semasa dan manjakan diri dan kulit anda dengan urutan lembut.