• Semua
  • Air Micellar
  • Buih
  • Pembersih (Pember Muka)
  • Tisu Pembersih Muka
Tapis
Atur
Atur

Produk pencuci muka untuk jenis kulit normal dan kombinasi

Cuci muka sebaik-baiknya dua kali sehari dengan gel pencuci muka NIVEA. Gel membersih dan membantu mengekalkan keseimbangan kelembapan semula jadi kulit. Untuk kulit jenis normal atau kombinasi, mousse pembersih berbuih juga boleh dipertimbangkan untuk membersihkan solekan dan mengeluarkan kotoran dari kulit. Ia bukan sahaja mencuci dengan bersih malah lembut dan nyaman pada kulit. Buih yang lembut mempunyai wangian yang segar, mudah digunakan dan menjadikan kulit berasa segar selepas dibilas. Jika jenis kulit anda ialah kombinasi, cuci dan scrub adalah pilihan terbaik untuk pembersihan muka harian. Scrub muka mengurangkan sebum berlebihan tanpa mengganggu keseimbangan kulit. Partikel pengelupasan membersihkan liang-liang pori dan membantu mengurangkan kecelaan kulit dalam jangka masa panjang dengan berkesan.   


Pencucian muka untuk kulit kering dan sensitif

Pencucian muka yang lembut amat penting terutama sekali bagi sesiapa yang mempunyai kulit jenis kering dan sensitif. Produk pembersih muka mestilah lembut pada kulit, memberi kelembapan yang mencukupi dan tidak mengakibatkan kegatalan pada kulit. Ketahui lebih lanjut mengenai produk pembersihan untuk kulit sensitif dari NIVEA: cecair pembersih menanggalkan solekan & maskara serta melembapkan kulit. Cecair dengan bahan terkini ini menggunakan teknologi inovatif micellar. Teknologi ini menambahkan keberkesanan cucian wajah dan solekan dengan kotoran yang terperangkap, tanpa perlu menggosok muka. Dengan menggunakan kaedah pembersihan muka yang lembut ini, kesan kemerah-merahan akan berkurangan serta mampu melega dan merawat bahagian kulit kering. Pembersih muka jenis susu juga disyorkan untuk kulit kering dan sensitif. Formulanya yang lembut memastikan keseimbangan kulit dapat dikekalkan secara semula jadi dan kekotoran dapat disingkir dengan cekap. Bagaimana jika anda dalam keadaan tergesa-gesa? Tisu pembersih adalah jawapannya.  


Kecelaan kulit: kawal dan bersih dengan produk pencuci muka yang bersesuaian

Scrub dengan bahan butiran pengelupasan halus disyorkan untuk membersih kulit bermasalah. Proses pengelupasan bertujuan membuang sel-sel kulit mati dan merangsang pertumbuhan sel baharu dan melancarkan peredaran darah. Dari peringkat membersih dan seterusnya, anda akan mendapati tona kulit lebih cerah dan sekata. Jika anda memakai solekan untuk menyembunyikan kulit bermasalah, pembersihan adalah sangat penting. Selepas mencuci, rawatan pembersihan adalah penting - pilihan terbaik anda adalah penyegar muka atau toner. Ia membantu mengembalikan keseimbangan pada kulit, menghilangkan sisa-sisa kotoran dan solekan serta memastikan kulit mampu bertindak balas dengan produk penjagaan muka lain, secara optimum. Untuk tujuan itu, guna beberapa titisan toner pada pad kapas dan sapu perlahan-lahan pada kulit anda.