Nivea Derma Control Female

BUKAN SEKADAR KEBERSIHAN — BAWAH LENGAN JUGA PATUT DIBERI PENJAGAAN KULIT

Kulit wajah kita dapat segalanya — masker, pelembap, serum, skrub, toner, pelindung matahari, malah krim malam. Kita luangkan masa dan usaha dalam setiap langkah rutin penjagaan kulit.

Tapi, bagaimana pula dengan kulit bawah lengan kita?

Bahagian ini sering diabaikan, walaupun ia sama lembut dan mudah terdedah kepada kekusaman, kekeringan, dan iritasi.

Sebab itulah kami tidak sekadar mencipta deodoran yang lebih baik — kami mentakrifkannya semula sebagai penjagaan kulit sebenar untuk kulit bawah lengan. NIVEA kini memperkenalkan revolusi baru rangkaian deodoran yang diperkaya dengan Mikro Hyaluron dan vitamin, direka khas untuk memulihara kulit bawah lengan anda seperti penjagaan kulit wajah anda.

INOVASI BAHAN PENJAGAAN KULIT – DIPERHEBAT KHUSUS UNTUK BAWAH LENGAN

Dalam era “skinification” — apabila wanita semakin peka terhadap ramuan yang disapu pada kulit, termasuk bahagian yang sering terlepas pandang seperti kulit bawah lengan — Deodoran NIVEA Derma Control hadir dengan formulasi bahan penjagaan kulit berkualiti seperti Mikro Hyaluron serta Vitamin C, E dan B5, untuk melembap, mencerahkan, menenangkan, dan memulihara kulit, melangkaui sekadar perlindungan asas.

Lebih daripada deodoran biasa , ia dirumus dengan sains penjagaan kulit untuk bawah lengan anda.

Inovasi Bahan Penjagaan Kulit

NIVEA DERMA CONTROL DEFEND

  • Formula dengan Mikro Hyaluron dan Pro-Vitamin B5
  • Memperkukuh pertahanan kulit daripada iritasi
  • Memberi keselesaan kulit yang unggul
  • Menegangkan kulit kendur dalam 5 hari*
  • Untuk kulit bawah lengan lebih anjal dan cerah
Nivea Derma Control Defend
Nivea Derma Control Restore

NIVEA DERMA CONTROL RESTORE

  • Formula dengan Mikro Hyaluron dan Vitamin E
  • Menenangkan kulit sensitif
  • Memulihkan kulit 3X lebih pantas*
  • Mengecilkan liang pori dalam 5 hari*
  • Untuk kulit bawah lengan lebih lembut dan cerah

NIVEA DERMA CONTROL BRIGHT REPAIR

  • Formula dengan Mikro Hyaluron, Vitamin C dan Ekstrak Licorice
  • Melindungi kulit daripada ketidakselesaan
  • Mengurangkan bintik hitam akibat kerap bercukur
  • Mengurangkan kulit kusam dalam 5 hari*
  • Untuk kulit bawah lengan lebih cerah dan licin

Nivea Derma Control Bright Repair

PERLINDUNGAN 72 JAM DENGAN DERMA CONTROL

Formula canggih ini mengawal peluh dan bau dari puncanya — memberikan perlindungan tahan lama sehingga 72 jam, supaya anda boleh menjalani hari anda dengan penuh keyakinan dan keselesaan.

Dengan 0% alkohol, ia juga cukup lembut untuk kulit anda.

Perlindungan 72 Jam dengan Derma Control

Melindungi dan Memperkukuh

PERTAHANAN KULIT

Manjakan kulit bawah lengan anda dengan penjagaan yang sama seperti wajah dan tubuh anda. Selepas mandi, sapu rata pada kulit yang bersih dan kering, dan biarkan ia menyerap sepenuhnya sebelum memakai pakaian. Dengan penggunaan harian, formula lembut ini membantu menyubur dan memulihara kulit bawah lengan, agar kulit anda menjadi lebih cerah dan licin - menyerlahkan keyakinan anda untuk tampil ceria dan bergaya.