APAKAH BINTIK HITAM DAN BAGAIMANA CARA TERBAIK MENANGANINYA?

Adakah anda mempunyai bintik-bintik hitam pada kulit anda tetapi tidak tahu bagaimana untuk merawatnya? Walaupun tidak berbahaya, kehadiran bintik-bintik hitam, terutamanya pada wajah anda, mungkin tidak disenangi, dan ramai yang ingin tahu cara mengurangkan kesannya. Berita baik untuk anda, ia boleh dilakukan dengan rawatan dan ramuan khas. Teruskan membaca untuk mengetahui apa itu bintik hitam, apa yang menyebabkannya, dan apakah pilihan yang anda ada jika anda ingin menangani kemunculannya.

APAKAH BINTIK HITAM?

Bintik hitam dan tompok gelap / kecelaan kulit adalah pigmentasi terkumpul yang terbentuk pada kulit. Lazimnya di muka, tetapi ramai juga yang mempunyai bintik hitam di sekitar badan mereka. Bintik hitam muncul apabila melanin - yang merupakan pigmen yang menentukan warna kulit anda - dihasilkan secara berlebihan. Ini mengakibatkan tompok kulit menjadi lebih gelap daripada kulit sekeliling, memberikan anda warna ton kulit yang tidak sekata.

Bintik hitam kebiasaannya dijumpai di bahagian-bahagian ini:

  • Belakang tangan
  • Muka
  • Garis leher
  • Belakang badan
  • Bahu

BAGAIMANA BINTIK HITAM MEMBERI KESAN KEPADA INDIVIDU

Bintik hitam boleh memberi kesan kepada orang daripada pelbagai latar belakang. NIVEA memutuskan untuk mengambil laluan saintifik dan membangunkan produk yang memenuhi keperluan khusus orang yang mengalami pigmentasi terkumpul pada kulit mereka. Selepas 10 tahun penyelidikan, NIVEA membangunkan LUMINOUS630® yang berfungsi pada peringkat selular untuk mengimbangi semula pigmentasi dengan mencerahkan dan mengurangkan saiz bintik-bintik sedia ada dan menghalang kemunculan semula bintik-bintik baharu pada masa yang sama.

APAKAH PUNCA UTAMA BINTIK HITAM?

Mengetahui punca utama bintik hitam atau pigmentasi pada kulit boleh membantu anda memahami langkah-langkah awal pencegahan. Walaupun terdapat beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan, amat penting untuk anda fahami punca terjadinya pengumpulan pigmentasi pada kulit anda. Bintik hitam dan kecelaan pada kulit anda boleh disebabkan oleh beberapa faktor yang berbeza:

Punca Utama:

KEROSAKAN DARI SINARAN MATAHARI

Sumber utama bintik-bintik hitam adalah terdedahnya kepada sinaran matahari. Inilah sebabnya mengapa kecelaan /pigmentasi pada wajah serta bahagian badan lain yang sering terdedah kepada matahari merupakan perkara biasa. Apabila terdedah kepada sinaran matahari, kulit secara semulajadi menghasilkan melanin berlebihan sebagai mekanisme perlindungan menyebabkan kulit menjadi sawo matang, tetapi apabila penghasilan melanin tersebar secara tidak sekata, ia mungkin menyebabkan bintik-bintik hitam muncul.

USIA

Melanosit adalah sel dalam badan kita yang menghasilkan melanin. Apabila kulit anda mula matang, selepas umur 30 tahun, bilangan melanosit dalam kedua-dua kulit yang terdedah kepada sinaran matahari dan juga yang terlindung berkurangan sebanyak 8% hingga 20% setiap dekad. Walaubagaimanapun, sel-sel yang masih kekal akan meningkat saiznya dan 'mengumpul' lebih banyak melatonin. Ini boleh menyebabkan kesan sinaran matahari atau bintik-bintik penuaan.

MELASMA

Masalah kulit biasa yang menyebabkan kecelaan/pigmentasi pada kulit anda ialah melasma. Ia boleh menjejaskan bahagian badan anda yang sering terdedah kepada matahari seperti muka, leher, tangan dan kawasan lain. Ia sering terjadi kepada kaum wanita kerana ketidakseimbangan hormon yang dicetuskan semasa kehamilan, menopaus atau semasa menggunakan kawalan kehamilan boleh meningkatkan pertumbuhan pigmentasi. Walau bagaimanapun, tidak perlu khuatir, melasma tidak berbahaya dan tidak menimbulkan sebarang kebimbangan perubatan.

PIGMENTASI BERLEBIHAN SELEPAS KERADANGAN

Kecelaan kulit/tompok gelap mungkin muncul selepas kulit mengalami beberapa bentuk trauma, seperti parut jerawat, luka bakar atau psoriasis.

BINTIK HITAM PADA WAJAH ANDA

Tompok hitam adalah berbeza dengan bintik-bintik, dan ia cenderung terhasil atas sebab-sebab tertentu:

  • Pendedahan kepada matahari
  • Penuaan kulit
  • Perubahan hormon: kehamilan, menopaus, pil perancang
  • Selepas keradangan kulit seperti jerawat, atau selepas kecederaan.

BAGAIMANA UNTUK MENGURANGKAN BINTIK HITAM DI WAJAH ANDA

Bergantung pada puncanya, bintik-bintik gelap pada wajah anda kadangkala boleh hilang dengan sendirinya, tetapi kadangkala mengurangkan penampakan mereka memerlukan bantuan.

Terdapat krim dan pembetul yang direka khusus untuk menyasarkan bintik hitam. Produk ini mengandungi bahan anti-tompok berpaten NIVEA LUMINOUS630®, yang merawat pigmentasi yang tidak diingini di kawasan yang disasarkan dan membantu mengurangkan perubahan warna kulit pada masa hadapan.

PETUA RUTIN PENJAGAAN KULIT UNTUK MENGURANGKAN BINTIK GELAP DI MUKA ANDA

Terdapat beberapa helah mudah yang anda boleh praktikkan dengan mudah dalam rutin penjagaan kulit anda untuk mengurangkan keterlihatan bintik-bintik gelap:

  • Cuci muka anda dua kali sehari. Pastikan anda menggunakan pembersih atau salap yang lembut.
  • Sapu serum dan krim siang. Gunakan produk yang dibangunkan khusus untuk mengatasi bintik hitam, seperti NIVEA LUMINOUS630® Advanced Spot Treatment Serum, NIVEA LUMINOUS630® Post-Acne Marks Serum atau NIVEA LUMINOUS630® Anti-Age & Spot Serum yang mengandungi bahan pencerah kulit yang menyasarkan sel penghasil pigmen untuk memberikan tona kulit yang sekata, berfungsi untuk mencerahkan bintik-bintik dan mengurangkan saiznya. Untuk mengelakkan kerosakan matahari selanjutnya, cuba NIVEA LUMINOUS630® Anti-Dark Spot Triple Protection Day Cream SPF 50 [pautan ke halaman produk] pada siang hari.
  • Gunakan krim malam. Cuba krim malam tertentu, seperti NIVEA LUMINOUS630® Even Tone Night Cream yang secara khusus menjana semula kulit semasa anda sedang tidur.

BAGAIMANA LUMINOUS630® MENCEGAH BINTIK GELAP

Ramuan anti-tompok gelap kami yang dipatenkan, LUMINOUS630® telah membantu ramai orang di seluruh dunia mengatasi masalah bintik-bintik hitam mereka. Ia menyasarkan bintik-bintik hitam di akarnya, mengimbangi semula pengeluaran melanin dan berfungsi pada tahap selular untuk memberikan anda kulit yang lebih cerah dan berseri.

RAWATAN PROFESIONAL UNTUK BINTIK HITAM

Terdapat rawatan bintik hitam profesional yang ditawarkan di salun kosmetik, tetapi sebelum melakukan salah satu daripada yang berikut, pastikan anda mendapatkan nasihat perubatan daripada para profesional berlesen untuk rawatan yang paling sesuai dengan masalah kulit dan pigmentasi anda:

MICRODERMABRASION

Ia adalah prosedur yang melibatkan penyingkiran lapisan mekanikal epidermis. Untuk tujuan ini, kristal berlian atau korundum khas digunakan.

RAWATAN KUPASAN 'CHEMICAL'

Terdapat pelbagai jenis rawatan pengupasan berasaskan kimia ditawarkan berdasarkan penggunaan vitamin C dan asid buah.

TERAPI LASER

Ini cenderung menjadi terapi anti-bintik hitam yang paling berkesan dan serba boleh. Walau bagaimanapun, untuk memastikan ia berkesan, anda memerlukan beberapa sesi sebelum dapat melihat perubahan warna dengan ketara.

BAGAIMANA UNTUK MENGURANGKAN BINTIK: TIP-TIP UTAMA

  • Gunakan krim pembetulan bintik hitam yang menyasarkan bintik-bintik hitam pada wajah anda secara khusus
  • Sapu SPF – pelindung sinaran matahari adalah pertahanan terbaik anda terhadap bintik-bintik hitam di muka anda. Biasakan menyapu krim muka SPF yang tinggi di atas pelembap biasa anda setiap hari, walaupun pada hari mendung dan sejuk. Pilih SPF dengan kuasa sekurang-kurangnya 30.
  • Sesuaikan rutin penjagaan kulit anda dengan produk yang mengandungi bahan-bahan yang direka khas untuk memudarkan bintik-bintik hitam.

BAGAIMANA UNTUK MENCEGAH BINTIK HITAM PADA KULIT

Bukan semua punca bintik hitam pada kulit anda boleh dicegah - sesetengahnya berlaku secara semula jadi disebabkan oleh usia dan juga faktor-faktor lain. Walau bagaimanapun, kecelaaan pada kulit yang disebabkan oleh kerosakan matahari boleh dicegah. Berikut ialah beberapa petua penting kami:

  • Gunakan krim pelindung matahari. Dengan menggunakan pelindung matahari SPF tinggi, anda melindungi kulit daripada kerosakan kesan daripada matahari, dan memastikan ia kekal sihat.
  • Berlitup. Walaupun anda menggunakan pelindung matahari, muka, leher dan kawasan lain yang terlalu terdedah akan lebih berisiko kepada bintik-bintik hitam berbanding yang lain. Cuba topi besbol atau topi bertepi lebar untuk melindungi muka dan leher anda daripada sinaran matahari.
  • Elakkan daripada terdedah kepada sinaran matahari pada waktu tengah hari. Matahari menyinar paling terik antara tengah hari dan 2 petang. Pada waktu-waktu ini, anda berkemungkinan besar mengalami kerosakan kesan dari matahari yang boleh menyebabkan kecelaan pada kulit anda. Cuba cari tempat berteduh pada waktu-waktu ini dan nikmati matahari pada masa yang tidak merosakkan kulit anda.
  • Cuba untuk tidak menyentuh kulit anda terlalu kerap. Jika anda mempunyai bintik atau gigitan nyamuk yang anda terus menggaru atau memicit, ia boleh menyebabkan keradangan, kerosakan kulit dan perubahan warna. Pastikan anda mencuci tangan anda sebelum menyentuh muka anda.

PETUA PENJAGAAN KULIT BAGI MENGURANGKAN BINTIK HITAM PADA BADAN ANDA

Jika badan anda kerap terdedah kepada matahari, anda mungkin mengalami bintik-bintik gelap pada bahagian tersebut. Dan sama seperti wajah anda bertindak balas terhadap rutin penjagaan kulit yang baik, begitu juga badan anda. Pastikan anda menggunakan sekurang-kurangnya SPF 30 atau lebih tinggi sebelum keluar dan menutup badan anda apabila boleh.

Vitamin C, vitamin B12 dan vitamin E juga boleh membantu mengurangkan kemunculan bintik-bintikhitam pada badan anda. Vitamin E dan B12 menggalakkan penghasilan kolagen (inilah yang memberikan kulit anda keanjalan dan lantunan), manakala vitamin C terkenal dengan kesan antioksidan, menegang dan mencerahkan. Vitamin E juga boleh meredakan parut yang boleh mengurangkan penampilan bintik-bintik gelap pada badan anda.

Kami mengesyorkan menggunakan losyen badan secara kerap - dua kali sehari jika boleh - dan sapukan pada kulit lembap untuk kesan maksimum. Cuba losyen badan dengan minyak badam semulajadi dan vitamin E untuk penghidratan dan penjagaan yang mendalam.

FREQUENTLY ASKED QUESTIONS ABOUT BROWN SPOTS

KENAPA SAYA PERLU RISAU TENTANG KECELAAN KULIT/PIGMENTASI

Kecelaan kulit biasanya tidak berbahaya, tetapi jika anda tidak pasti, jumpa pakar dermatologi untuk mendapatkan kepastian.

PADA USIA BERAPA SAYA AKAN MULA MENDAPAT BINTIK HITAM?

Tiada usia tertentu untuk mula mendapat bintik hitam kerana ia bergantung kepada banyak faktor. Secara amnya, orang yang lebih terdedah kepada sinaran matahari cenderung mendapat bintik-bintik hitam dengan lebih cepat.

ADAKAH KECELAAN KULIT NORMAL?

Kecelaan kulit boleh disebabkan oleh pelbagai faktor tetapi selalunya ia adalah tindak balas semula jadi kulit kepada sinaran UV matahari.

ADAKAH KECELAAN KULIT PADA WAJAH KEKAL?

Dengan krim, serum dan bahan yang disasarkan, anda boleh mengurangkan bintik-bintik coklat pada wajah anda.

ADAKAH KRIM MAMPU MENGHILANGKAN BINTIK HITAM?

Jika krim dibangunkan khusus untuk mengatasi bintik hitam, ia boleh mengurangkan penampakan pada kulit anda

BERAPA LAMA YANG DIPERLUKAN UNTUK MENGHILANGKAN BINTIK HITAM?

Pastikan anda membaca deskripsi krim secara teliti kerana ia akan menentukan bila anda akan dapat melihat pengurangan bintik hitam.

BOLEHKAH BINTIK HITAM HILANG SEPENUHNYA?

Penggunaan krim yang tepat boleh membantu anda mengurangkan penampakannya dengan ketara.

ADAKAH RAWATAN PEMULIHAN TITIK HITAM BENAR-BENAR BERHASIL?

Jika mereka mempunyai bahan-bahan yang betul, mereka boleh mengurangkan penampakan bintik-bintik gelap pada muka dan kulit anda.