• Semua
  • Bebuli
  • Spray
  • Stik
Tapis
Atur
Atur
Deodoran: perlindungan yang diyakini

Sama ada ketika melakukan aktiviti senaman, stres atau haba - berpeluh adalah tindak balas untuk mengawal suhu badan. Walau bagaimanapun, berpeluh boleh menyebabkan bau yang tidak menyenangkan dan kelembapan yang  berlebihan, terutamanya di bawah lengan. Deodoran moden atau anti-perspirant menangkis bau yang tidak menyenangkan dan memberikan rasa kesegaran sepanjang hari. Anti-perspirant pula bertindak balas uga mengatasi peluh itu sendiri.

Deodoran atau anti-perspirant?

Apakah perbezaan antara deodoran dan anti-perspirant? Produk yang hanya mencegah bau badan dipanggil deodoran. Deodoran membasmi bakteria atau menghalangnya daripada terus membiak. Di samping itu, ia menutup bau badan dengan wangian yang menyegarkan. Individu yang semulajadinya kurang mengeluarkan peluh atau yang tidak mahu ambil peduli peluh yang dihasilkan oleh badan mereka, dinasihatkan untuk memilih memakai deodoran. Malah mereka yang mempunyai kesedaran untuk menggunakan produk bebas daripada garam aluminium, juga perlu memilih deodoran, kerana semua rangkaian produk deodoran NIVEA dijamin bebas daripada garam aluminium. Individu yang menghasilkan peluh yang banyak dan ingin mengurangkan penghasilan peluh dengan semulajadi disyor untuk menggunakan anti-perspirant. Anti-perspirant berkesan menghalang penghasilan peluh di bawah lengan, sekali gus melambatkan proses pembentukan bau badan yang tidak menyenangkan dan kesan basah pada pakaian. Produk ini mengandungi garam aluminium yang dipercayai tidak berbahaya kepada kesihatan, berdasarkan kepada kajian yang dijalankan oleh pakar terkenal. Deodoran dan anti-perspirant paling berkesan digunakan pada kulit yang bersih. Disyorkan untuk digunakan pada waktu pagi sejurus selepas mandi untuk mengekalkan keyakinan sepanjang hari.

Deodoran untuk setiap acara: semburan, roll-on atau stick

Sembur, roll-on atau stick – deodoran jenis manakah yang anda suka? Ramai lelaki lebih suka semburan deodoran klasik, manakala roll-on sangat popular di kalangan wanita. Semburan deodoran memberi kesegaran. Ia terletak lembut pada kulit anda dan kering dengan serta-merta di bawah lengan membolehkan anda memakai pakaian sejurus selepas menyemburkan deodoran. Penggunaan yang mudah dan bersih diiringi dengan bau segar yang nyaman juga merupakan antara kebaikan menggunakan semburan. Untuk mendapatkan prestasi perlindungan yang optimum, goncang deodoran anda sebelum digunakan. Semburan deodoran NIVEA juga datang dalam saiz mini dan praktikal untuk kesegaran semasa dalam perjalanan! Bebola di dalam deodoran roll-on memastikan penggunaan yang mudah. Selain itu, kesan penggunaan deodoran roll-on sangat lembut pada kulit dan sesuai untuk kulit bawah lengan yang halus dan sensitif. Semburan deodoran popular kerana penggunaannya yang bersih dan memberi kesegaran berpanjangan; deodoran stick dianggap mesra alam; krim deodoran pula mempunyai kesan perlindungan terhadap kulit. Jika anda ingin  mengelakkan kesan deodoran pada pakaian, pilih deodoran yang mempunyai bahan khas untuk mengelakkan pembentukan sisa putih pada pakaian hitam atau tompok kekuningan pada kain putih.