• Semua
  • Krim Kelembapan
  • Pembersih (Muka Lelaki)
Tapis
Atur
Atur
Penjagaan muka untuk lelaki - Kepakaran kami

Kulit lelaki mempunyai perbezaan yang ketara berbanding kulit wanita. Oleh itu, produk untuk penjagaan kulit muka lelaki direka khas untuk memenuhi keperluan mereka. Sesetengah lelaki memilih untuk memakai produk penjagaan muka khusus untuk wanita. Malangnya, mereka tidak menyedari bahawa produk tersebut tidak serasi dengan kulit mereka kerana mengandungi terlalu banyak minyak.


Penjagaan muka untuk lelaki - Memenuhi keperluan kulit lelaki

Kulit lelaki lebih tebal di antara 15 dan 20 peratus berbanding kulit wanita. Kaum lelaki juga mempunyai kelenjar sebum yang lebih banyak. Ini mengakibatkan kulit mereka cenderung untuk berjerawat dan berminyak. Produk penjagaan muka yang direka khas untuk lelaki memberi penjagaan khusus untuk masalah-masalah tersebut serta memberi kelembapan serta mengurangkan minyak agar liang-liang pori muka tidak tersumbat dengan kekotoran.


Penjagaan kulit untuk lelaki mengikut jenis kulit dan usia

Kulit muka lelaki mempunyai lebih banyak folikel rambut di sepertiga bahagian bawah muka, yang menyebabkan pertumbuhan misai dan janggut dengan lebatnya! Antara 5,000 dan 30,000 rambut tumbuh bersebelahan dan setiap helai rambut dikelilingi oleh kelenjar folikel atau kelenjar sebum. Penjagaan kulit khas untuk lelaki mengambil kira perkara ini serta kesan bercukur. Kulit muka lelaki juga mengandungi lebih banyak kolagen menyebabkan ia kekal anjal dan tegang lebih lama berbanding kulit wanita. Walau bagaimanapun, bermula pada usia 35 tahun, serat kolagen mula merosot (dan merosot lebih cepat bagi wanita). Bahan-bahan aktif untuk anti-penuaan, dibezakan oleh penjagaan siang dan malam, memberikan hasil anti-penuaan yang berkesan untuk lelaki. Bagi aspek penjagaan kulit lelaki, NIVEA menggunakan kepakaran sekian lama dan pengetahuan dermatologi moden sebagai asas untuk konsep penjagaan kulit lelaki yang progresif dan seimbang.