BERSAMA-SAMA KITA PERANGI ISOLASI SOSIAL

Ini kerana kajian kami mendapati bahawa pada masa kini, terdapat seseorang yang anda sayangi sedang berasa terasing.


Tahukah anda, 1 daripada 4 individu berasa terasing secara sosial?* 

Kesunyian merupakan isu yang kian meningkat di seluruh dunia, dan semakin ramai yang merasakan kesannya di kalangan masyarakat moden. Malangnya, difahamkan 54% individu tidak berasa selesa untuk meminta bantuan, dan faktor ini akan menimbulkan risiko kesihatan yang serius, yang boleh mempengaruhi jangka hayat seseorang.**

Oleh kerana kesunyian juga dikaitkan dengan pelbagai masalah kesihatan seperti demensia, penyakit jantung, dan isu kesihatan serius lain, maka kami bertekad untuk memahami isolasi sosial dengan lebih mendalam agar dapat membawa perubahan yang berkekalan pada statistik ini.

Kami komited untuk mengorak langkah dan percaya setiap individu berhak mendapat hubungan sosial yang diperlukan untuk berkembang maju. Melalui misi sosial kami, NIVEA CONNECT, kami akan membanteras isolasi sosial dan menghapuskan stigma terhadap kesunyian.

"KEBERSAMAAN ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA DNA KAMI. DENGAN MENINGKATKAN KESEDARAN MENGENAI ISU INI, BERKONGSI PENGETAHUAN, MENDIDIK, DAN MEMBUKA PELUANG UNTUK BERHUBUNG, KITA MAMPU PERANGI ISOLASI SOSIAL."

GRITA LOEBSACK, NIVEA PRESIDENT

INFORMASI
MEMACU TINDAKAN

 

Kebersamaan adalah sebahagian daripada DNA kami, dan kerana itu kami bertekad untuk melakukan sesuatu untuk menangani isu isolasi sosial.

Kami akan meningkatkan kesedaran bagi mengurangkan stigma terhadap isolasi sosial serta mendidik dan mewujudkan hubungan sosial yang bermakna dengan cara berikut:

  1. Menggunakan pengaruh jenama dan platform saluran kami untuk berkomunikasi dan bergaul dengan komuniti.
  2. Menubuhkan projek NIVEA CONNECT tempatan bersama rakan kongsi di 40 negara menjelang tahun 2026.
  3. Menyokong dan memperkasakan komuniti global yang terdiri daripada saintis, pakar, dan organisasi yang memerangi isolasi sosial.

FAKTA
NOMBOR ISOLASI SOSIAL

A 25% full circle enclosing the text "1 in 4"

1 daripada 4 orang
berasa terasing secara sosial

 
A 86% full circle enclosing the text "86%"

86% merasakan isolasi sosial
sebagai isu yang semakin meningkat

 
A 40% full circle enclosing the text "40%"

40% bertemu keluarga
dan rakan seminggu sekali atau kurang

 
A 54% full circle enclosing the text "54%"

54% sukar
meminta bantuan

 

Our study helped us gain a better understanding of what social isolation means. One participant shared, “My friends moved away, my family is overseas, and remote work has left me feeling disconnected and alone”. This sentiment is all too common, with 9 out of 10 expressing a desire for greater care and connection in their lives*.


We want to help but we know we can’t fight social isolation alone. That’s why we’ve partnered with organizations around the world to take action, work to lessen the stigma around the issue, and create meaningful connections.

Two women looking off-camera with a blue sky and trees in the background.

KAMI BERJUANG
BERSAMA

 

Dengan kerjasama rakan kongsi yang diiktiraf dari pelbagai bidang seperti profesional kesihatan mental hingga aktivis sosial, kami komited untuk mengambil pendekatan menyeluruh yang memberikan impak berkesan. Matlamat kami adalah untuk melaksanakan projek NIVEA CONNECT di 40 negara menjelang 2026, demi memastikan usaha kami sampai kepada komuniti yang memerlukan, tanpa mengira lokasi geografi. Dengan memanfaatkan pandangan tempatan dan kepakaran global, kami berhasrat untuk membina hubungan yang bermakna dan perubahan yang berkekalan di seluruh dunia.

Salah satu contoh inspirasi ialah di Afrika Selatan. Thanda Community Centre menawarkan pelbagai program yang menyediakan ruang selamat untuk pelajar Pendidikan Awal Kanak-kanak, supaya mereka dapat menghadiri sekolah setiap hari, menggalakkan golongan belia berhubung dan membina kemahiran sosial melalui program selepas sekolah, dan juga membolehkan golongan warga emas untuk berinteraksi dengan penjaga utama lain sambil berkongsi kemahiran dan mewujudkan hubungan positif. Inisiatif-inisiatif ini sangat penting dalam mencegah isu isolasi sosial dengan memastikan interaksi yang inklusif dan penglibatan ahli dari semua peringkat umur dalam komuniti Thanda.

Manakala di Czechia, rakan kongsi kami, Nevypusť Dusi, memberi tumpuan kepada pencegahan kesihatan mental dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. Program mereka, 'The Background for the Soul', menyediakan alatan kepada golongan muda untuk mengenal pasti tanda-tanda awal isu kesihatan mental, mempelajari strategi menangani masalah secara sihat, dan mengamalkan penjagaan diri. Dengan mempromosikan kesejahteraan dalam komuniti sekolah, mereka membantu mencegah gejala isolasi yang boleh membawa kepada masalah kesihatan mental yang lebih serius.

KENALI
RAKAN KONGSI KAMI

A selfie of a smiling woman in a white cap and shirt in front of a rainbow display.
PFLAG

USA


PFLAG National adalah inisiatif untuk membina komuniti dalam talian dan secara bersemuka bagi golongan LGBTQ+ dan juga untuk orang tersayang.

Ini hanyalah permulaan.

 

Menjelang 2026, matlamat kami adalah untuk melaksanakan projek NIVEA CONNECT di 40 negara, menyokong komuniti di seluruh dunia. Kami teruja untuk memperluas usaha kami, dengan banyak projek baharu yang akan dilancarkan sepanjang tahun akan datang. Halaman ini akan dikemas kini secara berkala dengan maklumat terkini mengenai rakan kongsi dan inisiatif kami, jadi pastikan untuk kembali semula dan melihat bagaimana kita membuat perubahan bersama.


Berdasarkan data yang diperoleh dari kajian NIVEA mengenai Isolasi Sosial dengan 8,000 responden dari pelbagai negara, Januari 2024

**Office of the U.S. Surgeon General. (2023). Our epidemic of loneliness and isolation: The Surgeon General’s advisory on the healing effects of social connection and community.

Younger and older men smiling at each other against a clear blue sky.

Resources and​
UPDATES

Kajian NIVEA mengenai Isolasi Sosial

Terokai laporan NIVEA CONNECT, yang memaparkan penyelidikan mendalam mengenai isolasi sosial, kesannya, dan bagaimana NIVEA komited untuk membuat perubahan.

SOALAN
LAZIM

Mengapa NIVEA memberi tumpuan kepada memerangi isolasi sosial?

NIVEA adalah jenama yang disemai dengan nilai kebersamaan dan inklusiviti. Komitmen kami adalah untuk menyumbang kepada dunia di mana setiap orang mempunyai hubungan sosial yang mereka perlukan untuk berkembang maju. Isolasi sosial dan kesunyian sedang memberi kesan terhadap kesihatan dan kesejahteraan individu dari semua usia, latar belakang sosio-ekonomi, dan budaya. Dengan NIVEA CONNECT, kami komited untuk memerangi isu ini dengan memupuk hubungan sosial yang bermakna.
 

Apa yang NIVEA lakukan untuk memerangi isolasi sosial?

NIVEA akan meningkatkan kesedaran untuk membantu mengurangkan stigma terhadap Isolasi sosial, mendidik, dan mewujudkan hubungan sosial yang bermakna melalui tiga langkah utama. Kami akan memanfaatkan pengaruh suara jenama dan saluran kami untuk berkomunikasi dan bergaul dengan komuniti. Kami akan menubuhkan projek NIVEA CONNECT tempatan bersama rakan kongsi di 40 negara menjelang 2026. Kami juga akan menyokong dan memperkasakan komuniti global yang terdiri daripada saintis, pakar, dan organisasi yang memerangi isu isolasi sosial.

Apakah projek yang bekerjasama dengan NIVEA, dan bagaimana ia dipilih?

Kami bekerjasama dengan projek sosial tempatan tertentu di seluruh dunia, yang semuanya menyumbang kepada usaha kami memerangi isolasi sosial. Projek-projek ini dipilih berdasarkan kriteria pemilihan yang telah ditetapkan oleh ahli yang pakar untuk memastikan kesesuaian mereka dengan NIVEA CONNECT. Anda boleh mengetahui lebih lanjut mengenai beberapa projek ini dalam seksyen „Kenali Rakan Kongsi Kami“.