SOALAN LAZIM MENGENAI PELUH DAN BAU BADAN

APAKAH PERBEZAAN ANTARA DEODORANT DAN ANTIPERSPIRANT?

Deodoran mengandungi bahan atau pewangi yang membantu melindungi diri dari bau badan. Bakteria bertanggungjawab menyebabkan bau badan. Deodoran mengandungi bahan-bahan yang menghalang pertumbuhan bakteria atau mengurangkan bilangan bakteria di bawah lengan untuk membantu mencegah bau badan.

Manakala antiperspirant mengandungi bahan antiperspirant aktif - biasanya garam aluminium, yang mengurangkan pengeluaran peluh daripada kelenjar peluh aporkin kerana ia membentuk gel pelapis yang menutup pori-pori peluh. Gel ini dikeluarkan dari semasa ke semasa melalui tindakan mekanikal dan proses pembaharuan kulit secara semula jadi. Antiperspirant juga memiliki kesan deodoran kerana ia mengurangkan pertumbuhan bakteria akibat pH yang lebih rendah dan mengurangi kelembapan pada aksila.


KENAPA ANTIPERSPIRANT NIVEA MENGANDUNGI GARAM ALUMINIUM (contoh ACH)?

Selain menggunakan deodoran untuk menghalang pengeluaran bau peluh yang tidak menyenangkan, ramai orang ingin mengurangkan peluh bagi mengelakkan kesan peluh pada pakaian. Semua antiperspirant yang efektif mengandungi garam aluminium (contoh aluminium klorohidrat). Garam ini membentuk gel plug pelapis pada bahagian liang pori-pori. Oleh itu, peluh yang dihasilkan boleh berkurangan. Melalui geseran dan proses memperbaharui kulit semula jadi, gel ini akan hilang dari semasa ke semasa.

KENAPA KITA BERPELUH?

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan kita berpeluh. Peningkatan suhu badan akibat aktiviti fizikal dan/atau suhu tinggi boleh menyebabkan seluruh badan berpeluh. Keadaan ini berlaku untuk mengawal suhu badan dengan menghilangkan sejatan haba. Peluh dikeluarkan oleh a kelenjar peluh ekrin yang kandungan utamanya terdiri daripada air dan garam.

Anda juga boleh berpeluh kerana tekanan emosi atau psikologi. Dalam kes ini, peluh dihasilkan di bawah lengan, tapak kaki, tapak tangan dan dahi. Peluh jenis ini bukan sahaja dihasilkan oleh kelenjar peluh ekrin tetapi juga oleh kelenjar peluh apokrin. Peluh apokrin terdiri daripada lipid dan protein, dan menjadi tempat perkembangan bakteria dan turut menghasilkan bau badan. Ketika sedang berada dalam keadaan tertekan, seseorang akan menghasilkan peluh yang berlebihan. Ia sebahagian daripada tindak balas evolusi purba terhadap situasi yang mengancam keselamatan diri (tindak balas "lawan-atau-lari") dan memainkan peranan penting dalam komunikasi-bukan-lisan. Rangkaian produk Deodoran NIVEA Stress Protect Anti-Perspirant kami memberikan perlindungan tambahauntuk peluh akibat stres.


ADAKAH MEMUDARATKAN UNTUK MENYEKAT PELUH DARI KELUAR DENGAN MENGGUNAKAN ANTIPERSPIRANT?

Pentermokawalaturan (mekanisme mengawal suhu) badan tidak terjejas oleh penggunaan antiperspirant. Bahagian bawah lengan merangkumi 200 cm2, iaitu hanya kira-kira 1% daripada keseluruhan permukaan badan. Oleh itu ia terlalu kecil untuk mengganggu pentermokawalaturan. Keselamatan antiperspirant telah terbukti dalam pelbagai tinjauan dan penggunaannya dalam produk kosmetik telah diluluskan.

APA YANG MENYEBABKAN BAU BADAN?

Peluh segar adalah cecair yang tidak berbau. Hanya apabila bakteria kulit hadir dalam metabolisme axilla di bawah bahagian di bawah lengan (contoh memecah) komponen tertentu peluh, seperti lipid dan protein, bau busuk akan berubah. Bahagian di bawah lengan mempunyai keadaan yang sesuai untuk bakteria kulit berkembang kerana keadaan lembap, pH yang lebih tinggi dan bekalan nutrien optimum oleh peluh dan kelenjar sebum di kawasan ini.

MENGAPA SAYA PERLU MENGGONCANG ANTIPERSPIRANT ATAU DEODORAN NIVEA TERLEBIH DAHULU SEBELUM MEMAKAINYA?

Semburan anti-perspirant (contoh. NIVEA DRY Spray) perlu digoncang secara sekata untuk memastikan serbuk aktif antiperspirant (garam aluminium) tersebar dengan sekata di dalam tin. Jika tidak, produk yang disembur keluar dalam bentuk cecair yang pekat dan boleh menyumbat injap atau menyebabkan sisa putih pada kulit atau pakaian. Namun, deodoran NIVEA yang berasaskan alkohol tidak perlu digoncang

DEODORAN ATAU ANTI-PERSPIRAN MANA YANG BOLEH SAYA GUNAKAN SELEPAS BERCUKUR?

Apabila bercukur, lapisan paling luar kulit akan rosak sedikit dan menyebabkan kegatalan kulit, semua produk deodoran atau antiperspirant NIVEA tanpa alkohol adalah sesuai. NIVEA Pearl and Beauty Aerosol Spray Deodorant telah direka dan diuji khas untuk tujuan ini dan ia diterima baik walaupun digunakan sejurus selepas bercukur.


ADAKAH PRODUK INI BEBAS ALKOHOL?

"Alkohol" dalam istilah kimia, merujuk kepada pelbagai jenis sebatian. Sebatian ini mempunyai persamaana dari segi kandungan atom tertentu dalam molekul. Walau bagaimanapun, secara amnya atau dalam bahasa mudah, istilah "alkohol" terhad kepada bahan etanol (nama kimia: alkohol etil), iaitu versi alkohol yang boleh diminum. Mana-mana produk yang menyatakan "bebas alkohol" adalah bebas daripada etanol, oleh itu bebas daripada "alkohol" atau "alkohol, denat", walaupun perkataan alkohol mungkin terdapat dalam senarai ramuan (INCI) (contoh. seperti stearyl alcohol).

BOLEHKAH PENGGUNAAN DEODORAN MENYEBABKAN SISA PUTIH PADA FABRIK?

Sesetengah deodoran, lebih tepat lagi antiperspirant, yang mengandungi garam aluminium, contohnya aluminium klorohidrat (ACH), boleh meninggalkan sisa putih pada pakaian dalam keadaan tertentu jika tidak digunakan dengan betul. Apabila menggunakan semburan antiperspirant, penting untuk menggoncang produk dengan sekata untuk memastikan serbuk aluminium klorohidrat tersebar di dalam tin dan pada kulit dengan seimbang. Untuk mengelakkan penghasilan sisa putih, pastikan semua produk antiperspirant diserap sepenuhnya atau dikeringkan pada kulit sebelum memakai pakaian. Biasanya sisa putih pada pakaian boleh dikeluarkan dengan memberusnya. Formula istimewa NIVEA Pure Invisible Aerosol Spray Deodorant menyediakan perlindungan antiperspirant berkesan selama 48 jam tanpa meninggalkan kesan putih pada pakaian kegemaran anda dan bahagian kulit bawah lengan.


BOLEHKAH PENGGUNAAN DEODORAN MENYEBABKAN TOMPOK KUNING PADA TEKSTIL?

Tompok kuning adalah berdasarkan interaksi kompleks lipid kulit, sebum, detergen pakaian dan bahan antiperspirant. Melalui pengalaman kami, ada beberapa faktor terlibat, contohnya kekerapan penggunaan, jumlah produk antiperspirant yang digunakan, kekerapan menukar pakaian, kekuatan cucian pakaian, komposisi peluh individu, kandungan mineral atau elemen surih dalam air paip dan ciri-ciri fabrik. Cara terbaik untuk mengurangkan tompok kuning pada pakaian adalah dengan membiarkan produk deodoran kering sepenuhnya sebelum memakai pakaian tersebut.

Walau bagaimanapun, penting untuk diketahui bahawa tompok kuning boleh dihasilkan tanpa kehadiran sebarang bahan anti-perspirant, sama seperti leher baju yang kekuningan, di mana lipid kulit bersama zarah udara yang kotor menyebabkan kesan degil yang tidak dapat ditanggalkan dengan mudah. Dalam sesetengah kes, kesan kotoran dikaitkan dengan kelunturan pewarna kain.  

Bagi sesiapa yang ingin mengurangkan kesan kuning pada pakaian, kami mengesyorkan penggunaan deodoran dari rangkaian produk NIVEA Black & White


APA YANG BOLEH SAYA LAKUKAN UNTUK MENGHILANGKAN TOMPOK KUNING?

Tompok kuning sedia ada tidak boleh ditanggalkan atau dikurangkan dengan membasuh pakaian dengan lebih kerap / berulang kali; malah cucian tersebut boleh mengekalkan lagi kotoran. Sekiranya terdapat kesan, bilas pakaian anda di dalam air sejuk sebelum mencucinya dengan detergen pakaian. Dalam kebanyakkan kes, kami berjaya menghilangkan kotoran dengan merendam pakaian dalam 5% asid sitrik selama lebih kurang 24 jam. Sangat penting: Bilas pakaian dengan air bersih sebelum membasuhnya pada suhu yang tertinggi. Namun, kami tidak menjamin kaedah ini akan berjaya untuk semua jenis kekotoran dan pakaian. Berhati-hati dengan fabrik yang rapuh dan berwarna-warni serta pakaian berbutang mutiara kerana larutan asid boleh merosakkannya. Amaran: Asid sitrik adalah merbahaya, jadi berhati-hati jika untuk mengelakkan terkena kulit dan mata (kegatalan, alahan), tertelan dan terhidu (kegatalan). Sentuhan kulit boleh menghasilkan keradangan dan melecet. Kerosakan tisu bergantung kepada tempoh sentuhan. Disebabkan ini, kami amat mengesyorkan pemakaian sarung tangan pelindung semasa mengendalikan asid sitrik dan tidak menghidu habuk asid sitrik.

Sentiasa baca label. Ikut arahan penggunaan

ADAKAH PENGGUNAAN DEODORAN MENYEBABKAN KESAN/TOMPOK BERWARNA (CONTOH HIJAU, COKLAT, MERAH, BIRU) PADA TEKSTIL?

Kesan/tompok berwarna pada tekstil adalah sama dengan kesan kuning. Warna konkrit kotoran mungkin dipengaruhi oleh unsur logam dalam air paip (cth tembaga, mangan, besi).  Dalam sesetengah kes, warna mungkin dipengaruhi oleh agen pemutih fluoresen (pencerah optik). Kesan/noda berwarna pada pakaian berwarna terang juga mungkin muncul apabila ia dipakai di bawah atau di atas pakaian berwarna, hilang warnanya akibat rembesan pencelup. Proses ini sering berlaku jika bahan yang dicelup tidak kalis-peluh.